Kamal Ataturk Mati Hina...
Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya
KEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk
menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal
Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada,
tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.
Keingkaran dan kejahatannya menentang
Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah
sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang
ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.
Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk
pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab.
Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn
Allah.
Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang
zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah
berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim.
dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.
Cara kematian yang Allah telah datangkan
kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh
sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh
seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor
peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk
mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut,
akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga
dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut.
Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk
turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang
diterima oleh Namrud dan Firaun. Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk
menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang
dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu,
Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di
dunia lagi.
Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal
Ataturk. Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang
ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat
ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai
sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang
dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara
rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan
oleh ketagihan arak.
Walaupun beliau meninggal dunia pada 10
November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi
yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun
begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat.
Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun
akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah
terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu
wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya
mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau
tertidur.
Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan
parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu
keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru
(pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di
Bursa.
Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap
Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah
tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu
perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih
cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit
kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal
keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan
Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering
kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya
bertukar-tukar dengan sekejap masa.
Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa.
Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya,
Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi
hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal
hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya
terpenjara.
Kulit di tubuh badannya berkedut dengan
cepat dan díganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah
memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar
balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau
masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita
sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila
diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana
tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah.
Sebelum tiba saat matinya, ia telah
dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau
rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah
tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian
perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan
bengkak-bengkak.
Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh
badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun
doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah
mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan
mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya
menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.
Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan
mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu
sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun
ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk
memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot
besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan.
Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas.
Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross:
But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen
came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.
Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk
sangat antikan “ubat-ubat kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang
menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya
diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat
penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan
selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.
Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau
tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik
Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan
sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar.
Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab
di tengah-tengah laut….
Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk
mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma
kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau
kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus
meninggal dunia.
Cara kematiannya begitu menghinakan sekali.
Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu
hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan
dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran
Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang
takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.
Selepas 9 hari, barulah mayatnya
disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya.
Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di
hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan
pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang
berhampiran Dewan Rakyat.
Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun
1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat
Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK
DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan.
Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga
khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.
Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe
di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas
sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua
tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong
Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih
mengharapkan “kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya
dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN
SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan.
Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran
itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah
mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.
Apa yang menimpa Kamal Ataturk masih ringan
jika dibandingkan dengan nasib penentang kebenaran yang terdahulu.
Kerana kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk di zamannya bukanlah
kebenaran yang dijanjikan seperti yang ditentang oleh Firaun, Namrud
atau Abu Lahab. Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan
Nabi Muhammad s.a.w. adalah kebenaran yang dijanjikan oleh Allah. Oleh
sebab itulah, Namrud, Firaun dan Abu Lahab menerima padah yang begitu
dahsyat sekali.
Mujurlah kebenaran yang ditentang oleh
Kamal Ataturk bukan kebenaran yang dijanjikan. Jika tidak, nasibnya akan
lebih parah lagi. Kalau ditakdirkan beliau menentang kebenaran yang
dijanjikan, beliau akan mendapat pembalasan atas dua sebab, sebagaimana
nasib yang menimpa Firaun dan Narnrud.
Pertama, kerana mereka zalim. Kedua, kerana
kebenaran yang mereka tentang adalah kebenaran yang dijanjikan.
Sedangkan Kamal Ataturk dihukum hanya kerana Satu sebab sahaja iaitu
zalim.
Hal ini sesungguhnya satu peringatan yang
mesti kita pandang serius disebabkan kita hidup di zaman kebenaran yang
dijanjikan. Sesiapa yang menentang kebenaran di Timur “zon kebenaran
yang dijanjikan” ini akan menerima nasib yang lebih parah daripada apa
yang menimpa Kamal Ataturk. Mungkin bala yang menimpa lebih dahsyat
daripada apa yang telah menimpa Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Cuma kita
tidak tahu bagaimana bentuk penghinaan itu.
Zaman ini berbeza dengan zaman Kamal
Ataturk. Kamal hidup bukan di awal kurun, iaitu ketika tidak dijanjikan
datangnya seorang mujaddid yang membawa kebenaran yang dijanjikan.
Tetapi kini kita hidup di awal kurun ke-15 Hijrah, iaitu di zaman
seorang mujaddid muncul membawa kebenaran yang dijanjikan. Justeru itu
penentang kebenaran yang dijanjikan kali ini akan Allah balas atas DUA
SEBAB, iaitu KERANA ZALIM dan KERANA MENENTANG KEBENARAN YANG
DIJANJIKAN. Jadi, bayangkanlah betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran
kali ini.
Era keganasan Kamal Aartuk kebetulan berlaku
bukan di awal kurun (mengikut kurun Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an
hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk hanya menentang kebenaran bertaraf
“biasa” bukan kebenaran yang dijanjikan seperti yang dibawa oleh
seorang Mujaddid. Zaman Kamal Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan
bangkit dalam bentuk yang lebih global iaitu di tahap ummah seperti yang
dijanjikan, oleh Allah pada zaman ini.
Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal
Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan
Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai “WAY OF
life” dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai.
Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima
pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang
menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain.”
Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam
keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu
jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya
dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan
dirinya.
Tetapi siapa yang menentang kebenaran di
awal kurun ke-15 Hijrah ini, iaitu di zaman kebenaran yang dijanjikan,
beliau tidak akan berjaya. Musuh Islam setaraf atau lebih jahat daripada
Kamal Ataturk sekalipun, tidak akan dapat menyekat kebenaran ini.
Padah yang bakal diterima akan lebih
dahsyat daripada Kamal Ataturk. Mungkin selain daripada mati dalam
keadaan paling menghinakan (sama seperti Ataturk), perjuangannya, pun
tidak akan berjaya. Ertinya, nasib penentang kebenaran yaang dijanjikan
zaman ini akan dua kali lebih malang daripada Kamal Ataturk.